Nak Beli Jersi Original dan Murah, Klik Kat Sini.

Sunday, 30 June 2013

Anak Yatim Korea yang membuatkan ramai orang menangis!

Sung Bong, anak yatim Korea telah menyertai rancangan Korea's Got Talent
dan membuat ramai orang menangis.

Anda rasa anda seorang yang gagal? Lihat ini!

Kisah orang yang tidak berputus asa dan kasih sayang seorang bapa.

Friday, 28 June 2013

Inilah Ubat Hati untuk Hati Yang Banyak Penyakit.

Inilah ubat yang mujarab untu merawat hati yang banyak penyakit. Sebarkanlah kepada rakan-rakan dan sama-samalah kita beramal.



ubat hati

Thursday, 27 June 2013

Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan

Ramadhan



Khutbah Rasulullah Menjelang Ramadhan


Dari Salman al-Farisi ra, ia berkata bahawa Rasulillah SAW di akhir bulan Syaaban berkhutbah kepada kami, beliau bersabda, “Wahai manusia, telah datang pada kalian bulan yang agung dan penuh berkat. Di dalamnya terdapat satu malam yang di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan.
Allah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai kewajipan, dan menghidupkan malamnya sebagai amalan sunat. Barangsiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan, ia seolah-olah mengerjakan satu ibadat wajib pada bulan yang lain. Dan barangsiapa yang mengerjakan satu perbuatan wajib, ia seolah-olah mengerjakan 70 kebaikan di bulan yang lain.
Ramadhan adalah bulan kesabaran, dan kesabaran itu balasannya adalah syurga Allah. Ia juga adalah bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah.
Barangsiapa memberikan makanan berbuka kepada seorang yang berpuasa, maka itu menjadi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan ia memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.” Kemudian para Sahabat berkata, ” Wahai Rasulullah, tidak semua dari kita memiliki makanan untuk diberikan sebagai makanan berbuka orang yang berpuasa.” Rasulullah SAW berkata, ” Allah memberikan pahala tersebut kepada orang yang memberikan makanan berbuka dari sebutir kurma, atau satu teguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya maghfirah (pengampunan), dan akhirnya pembebasan dari api neraka. (Hadith Riwayat Baihaqi)

Bolehkah anda hidup dengan gaji RM1500 di Malaysia?


Jika anda ada masalah kewangan,
boleh klik KAT SINI ! !


Wednesday, 26 June 2013

SYAABAN BULAN ‘KIBLAT’

18 SYAABAN 1434H

SYAABAN BULAN ‘KIBLAT’

Syaaban punya SEJARAH.. ada CERITA BESAR untuk direnung dan difikirkan HIKMAHNYA.

Sejarah menyebut;
pada bulan Syaaban berlakunya...

PERISTIWA PERTUKARAN ARAH KIBLAT!!






Allah swt telah menurunkan PERINTAH agar RASUL memindahkan ARAH KIBLAT solat yang sebelumnya adalah ke arah MASJIDIL AL-AQSHA di Baitul-Maqdis DITUKAR ke ARAH KAABAH – di MASJIDIL HARAM di Mekah.

[masih ingatkah lagi kita akan KISAH DI BULAN REJAB - ISRA’ & MIKRAJ. KISAH PERJALANAN MALAM HARI RASUL bersama JIBRIL menaiki BURAQ dari MASJIDIL HARAM ke MASJID AQSA]

Selepas KISAH ISRA’ MIKRAJ, Jibril telah mengajar Rasul tatacara Solat 5 Waktu seperti-mana yang disyariatkan dalam peristiwa tersebut. Ianya berlaku kurang SETAHUN sebelum PERISTIWA HIJRAH RASUL KE MADINAH.

Selepas HIJRAH iaitu selepas 12 tahun diangkat menjadi Rasul; baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitul Maqdis selama lebih kurang 17 bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu:

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. “

(Al-Baqarah 2:144)


Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam Masjid Qiblatain semasa Rasul sedang bersolat Asar. Pertukaran kiblat menjadi KONTROVESI. Kesempatan yang digunakan oleh musuh Islam untuk memperlekehkan baginda..

Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah yang bermaksud:

“Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”

Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban.

DOA baginda Rasul dimakhbulkan oleh Allah swt. Sudah lama baginda mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah dan Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.

SYAABAN bulan penukaran ARAH KIBLAT ke KAABAH


APA "HIKMAHNYA" untuk kita...

AL FATIHAH ayat 6:

"TUNJUKILAH kami JALAN yang lurus."

PETA hanya PETA.. sesudah ada PETA.. kita PERLU ARAH!!

ARAH pula ada BERBAGAI.. ada ARAH LURUS, ada ARAH BENGKOK, ada ARAH CEPAT, ada ARAH LAMBAT, ada ARAH SIHAT, ada ARAH SAKIT dan sebagainya...

Lalu, kita HARUS TAHU PILIH 'ARAH'..

ARAH YANG SELAMAT adalah ARAH YANG TELAH "DITUNJUKI.." atau kata lainnya 'JALAN YANG DISUNNAHI' Baginda RASULULLAH. Ia "KIBLAT" RASUL.. lalu.. ia juga HARUS JADI "KIBLAT" kita!!

KIBLAT RASUL.. adalah "ARAH SUKSES MUSLIM SUPER" lalu.. ia adalah ARAH TUJU KITA!!

Untuk pilih arah kita kena ada KOMPAS!! Mana KOMPAS kita???

TAQWIM HIJRAH adalah PETA.. padanya ada KISAH SIRAH. Kisah-kisah sejarah RASULULLAH ini seumpama KOMPAS untuk kita HAYATI makna dan hala tujuannya.

SYAABAN membawa kita KEMBALI KE KISAH AKHBAR di atas yakni KISAH PENUKARAN ARAH KIBLAT!!

Lalu, setiap kali SYAABAN tiba.. kita HARUS PERELOKKAN "KIBLAT" DIRI kita. Dan KIBLAT ZAHIR kita adalah KAABAH @ MASJIDIL HARAAM @ MEKAH.

Manakala 'KIBLAT' BATIN kita adalah JIWA ISLAM!!

Ikutlah TAQWIM HIJRAH.. padanya ada SYAABAN. Padanya ada kisah KIBLAT.. padanya ada PETA & ARAH!!


Dipetik dari Facebook Mir Hazil Azran Ramli.