18 SYAABAN 1434H
SYAABAN BULAN ‘KIBLAT’
Syaaban punya SEJARAH.. ada CERITA BESAR untuk direnung dan difikirkan HIKMAHNYA.
Sejarah menyebut;
pada bulan Syaaban berlakunya...
PERISTIWA PERTUKARAN ARAH KIBLAT!!
Allah swt telah menurunkan PERINTAH agar RASUL memindahkan ARAH KIBLAT solat yang sebelumnya adalah ke arah MASJIDIL AL-AQSHA di Baitul-Maqdis DITUKAR ke ARAH KAABAH – di MASJIDIL HARAM di Mekah.
[masih ingatkah lagi kita akan KISAH DI BULAN REJAB - ISRA’ & MIKRAJ. KISAH PERJALANAN MALAM HARI RASUL bersama JIBRIL menaiki BURAQ dari MASJIDIL HARAM ke MASJID AQSA]
Selepas KISAH ISRA’ MIKRAJ, Jibril telah mengajar Rasul tatacara Solat 5 Waktu seperti-mana yang disyariatkan dalam peristiwa tersebut. Ianya berlaku kurang SETAHUN sebelum PERISTIWA HIJRAH RASUL KE MADINAH.
Selepas HIJRAH iaitu selepas 12 tahun diangkat menjadi Rasul; baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitul Maqdis selama lebih kurang 17 bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu:
“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan. “
(Al-Baqarah 2:144)
Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam Masjid Qiblatain semasa Rasul sedang bersolat Asar. Pertukaran kiblat menjadi KONTROVESI. Kesempatan yang digunakan oleh musuh Islam untuk memperlekehkan baginda..
Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus”
Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban.
DOA baginda Rasul dimakhbulkan oleh Allah swt. Sudah lama baginda mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah dan Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Syaaban.
SYAABAN bulan penukaran ARAH KIBLAT ke KAABAH
APA "HIKMAHNYA" untuk kita...
AL FATIHAH ayat 6:
"TUNJUKILAH kami JALAN yang lurus."
PETA hanya PETA.. sesudah ada PETA.. kita PERLU ARAH!!
ARAH pula ada BERBAGAI.. ada ARAH LURUS, ada ARAH BENGKOK, ada ARAH CEPAT, ada ARAH LAMBAT, ada ARAH SIHAT, ada ARAH SAKIT dan sebagainya...
Lalu, kita HARUS TAHU PILIH 'ARAH'..
ARAH YANG SELAMAT adalah ARAH YANG TELAH "DITUNJUKI.." atau kata lainnya 'JALAN YANG DISUNNAHI' Baginda RASULULLAH. Ia "KIBLAT" RASUL.. lalu.. ia juga HARUS JADI "KIBLAT" kita!!
KIBLAT RASUL.. adalah "ARAH SUKSES MUSLIM SUPER" lalu.. ia adalah ARAH TUJU KITA!!
Untuk pilih arah kita kena ada KOMPAS!! Mana KOMPAS kita???
TAQWIM HIJRAH adalah PETA.. padanya ada KISAH SIRAH. Kisah-kisah sejarah RASULULLAH ini seumpama KOMPAS untuk kita HAYATI makna dan hala tujuannya.
SYAABAN membawa kita KEMBALI KE KISAH AKHBAR di atas yakni KISAH PENUKARAN ARAH KIBLAT!!
Lalu, setiap kali SYAABAN tiba.. kita HARUS PERELOKKAN "KIBLAT" DIRI kita. Dan KIBLAT ZAHIR kita adalah KAABAH @ MASJIDIL HARAAM @ MEKAH.
Manakala 'KIBLAT' BATIN kita adalah JIWA ISLAM!!
Ikutlah TAQWIM HIJRAH.. padanya ada SYAABAN. Padanya ada kisah KIBLAT.. padanya ada PETA & ARAH!!
Dipetik dari Facebook Mir Hazil Azran Ramli.

No comments:
Post a Comment