Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam Lailatul Qadar berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.
Inilah Petua oleh Imam Ghazali untuk mencari malam Lailatul Qadar
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan.
II) Isnin – Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan.
III) Selasa atau Jumaat – Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan.
IV) Khamis- Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan.
V) Sabtu- Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan.
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa semenjak mula beliau baligh, beliau sentiasa dapat menemui malam Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah kita beribadat pada malam tersebut sahaja, hendaklah kita beribadat pada keseluruhan bulan Ramadhan dan memperbanyakkan ibadat pada malam-malam yang mengikut petua di atas.
Tanda malam Lailatul Qadar itu ialah :
Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Tahun ini kita mula berpuasa pada hari Rabu. Mengikut petua di atas Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan. Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita mendapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan.

No comments:
Post a Comment